<![CDATA[Pakej Pulau Malaysia - Tempat Menarik]]>Mon, 25 Jan 2016 01:15:55 -0800EditMySite<![CDATA[Apa yang Best di Pulau Tioman?]]>Sat, 20 Oct 2012 20:02:18 GMThttp://www.pakejpulaumalaysia.com/tempat-menarik/apa-yang-best-di-pulau-tiomanPicture
Air Terjun Asah di Kampung Mukut
Dari jeti, perjalanan yang singkat melalui hutan membawa anda kepada salah satu air terjun paling mengagumkan di Pulau Tioman. Kolam air sejuk pergunungan adalah tempat yang hebat untuk menyegarkan selepas berjalan. Di Tioman ada lagi 1 air terjun di Kg. Juara iaitu belakang Kg. Juara dan ada "Rock Fall" di Kg. Paya. Mana yang suka air terjun, jangan lepaskan peluang ini.. Air memang sejuk..Sesuai untuk "Picnic".

Picture
Snorkeling di Pulau Rengis
Ini salah satu destinasi "snorkeling" yang popular di Pulau Tioman. Di sini terkenal dengan "Coral" yang amat cantik sekali. Anda akan jumpa pelbagai jenis "Coral" yang mungkin anda tidak akan jumpa di pulau lain. Disini juga salah satu "Dive Spot" untuk anda yang menggemari aktiviti Diving. Jangan lepaskan peluang anda untuk bertemu dengan "Coral" yang "Superb" disini. Pulau ini terletak berhadapan dengan Berjaya Tioman Resort. Pastikan anda memilih pakej yang akan "snorkeling" disini.

Picture
Snorkeling di Pulau Tulai (Coral Island)
Macam tak percaya tempat ini di Tioman kan? Pulau ini juga tempat popular untuk aktiviti "Snorkeling" dan "Diving" di Pulau Tioman. Anda boleh bersantai dipersisiran pantai yang memutih dan jangan lupa bawa "camera" anda, kalau tak rugi yang amat sangat.

Pulau Tulai ini berada di utara-timur Pulau Tioman (kampung terdekat - Salang) dan terdapat banyak resort/chalet yang menyediakan pakej snorkeling disini. Jika tiada, anda boleh "request" dengan pihak resort untuk singgah disini. Lokasi ini memang sesuai untuk "picnic" dengan yang tersayang. sure Lentok habis...

Picture
Snorkeling di Taman Laut  Pulau Tioman
Pulau Tioman dan pulau-pulau kecil disini telah di zonkan sebagai taman laut demi menjaga ekosistem hidupan laut di sini. di Taman Laut ini adalah salah satu tempat WAJIB untuk aktiviti "Snorkeling"

Taman laut ini berada berdekatan dengan Kg. Tekek dan di Taman Laut ini anda akan di "Serang" orang ikan-ikan yang comel-comel dengan perlbagai warna. Jika tidak percaya, bawalah roti semasa "Snorkeling" anda akan lihat ikan-ikan yang pelbagai spesis akan mengerumuni anda dalam sekelip mata. Jangan lupa bawah "Underwater Camera", rakamkan memori indah anda disini. Kebanyakan resort yang anda menginap (sekiranya anda mengambil pakej) akan membawa anda untuk "Snorkeling" disini.

Picture
Snorkeling di Monkey Bay
Monkey Bay terletak di antara Salang dan Air Batang kampung di utara pulau itu. Dengan hamparan pantai berpasir putih dan air jernih kristal, ia tidak hairanlah bahawa ini adalah salah satu daripada tarikan popular Tioman.

]]>
<![CDATA[Peta Pulau Tioman]]>Sat, 20 Oct 2012 18:30:13 GMThttp://www.pakejpulaumalaysia.com/tempat-menarik/peta-pulau-tioman
Berikut adalah peta Pulau Tioman untuk makluman anda. Terdapat banyak pilihan dari segi tempat penginapan bergantung kepada "budget" anda. Walaupun anda menginap di mana-mana pilihan Resort/Chalet, anda akan "snorkeling" di sempat yang sama seperti pengunjung-pengunjung yang mengidap sekitar Pulau Tioman terutamanya Taman Laut Pulau Tioman. Disini anda akan melihat pelbagai hidupan laut yang menggamit permandangan dan bagi si Pencinta Alam, disini lah tempat wajib dilawati.

Sekiranya anda mempunyai cadangan tentang tempat penginapan yang anda ingin sarankan, silalah berkongsi dengan pakejpulaumalaysia.com disini kerana ianya akan membantu pengunjung membuat pilihan yang tepat dan berbaloi disamping mencipta pengalaman yang indah ketika bercuti di Pulau Tioman.
]]>